Bulletin

    Penyelidik UiTM perkenal teknik memelihara dan menjaga biak spesies laktut (Caulerpa lentillefera) dengan lebih stategik

    Image
    Image
    Image
    11 Ogos 2021 – Kumpulan penyelidik Ocean, Research, Conservation & Advances (ORCA), Marine Research Station (MARES), UiTM dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Kedah bersama komuniti perikanan Kampung Sungai Kubang Badak, Langkawi telah menjalankan projek komuniti Penanaman Laktut dari Spesies Caulerpa lentillefera.

    Projek penanaman telah bermula pada 6 Jun 2020 dan diteruskan sehingga kini dengan menggunakan sistem tangki di darat (In-Land Culture Based).

    Projek penanaman ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkenaan bagaimana untuk memelihara serta menjaga biak spesies laktut dengan lebih stategik dan secara tidak langsung, ia akan menjadi penjana sumber pendapatan baharu bagi mereka di kala Covid-19 melanda di Negara kita.

    Penyelidik yang terlibat adalah terdiri daripada barisan pensyarah daripada Fakulti Sains Gunaan (FSG) dan pelajar latihan industri dari program Teknologi Marin (AS254). Turut serta komuniti perikanan Kampung Sungai Kubang Badak, Langkawi yang memberangsangkan dengan penyertaan enam (6) orang dari kalangan komuniti tempatan.

    Dengan bimbingan dan nasihat yang diberikan oleh penyelidik FSG, pihak komuniti telah berjaya memperoleh sejumlah gran bernilai RM50,000.00 bagi pembangunan tapak pengkulturan spesies dari program Dasar Jaminan Makanan Negara daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Projek ini adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang merangkumi pelbagai jenis pembangunan mampan seperti SDG 1 (No Poverty), SDG 2 (Zero Hunger) dan SDG 14 (Life Below Water).

    Syabas kepada penyelidik dan pelajar yang terlibat!

    Sumber: Encik Jamil Tajam, Pengerusi Conservation & Advances (ORCA), FSG, UiTM Perlis

    Where Are Us?

    Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)
    Aras 5, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
    Universiti Teknologi MARA,
    40450 Shah Alam,
    SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA



    Tel: 603- 5544 2004
    E-mail : tncpi@uitm.edu.my
    Hour: 8.00am - 5.30pm

             
    © COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2021